Tuesday, July 13, 2010

Musabaqah Qurani

Assalamualaikum wrt. wbt.

1.0    PENGENALAN
Musabaqah Qurani merupakan program anjuran Majlis Tertinggi Talabah Malaysia yang julung kali diadakan sebagai satu usaha untuk menyemarakkan syiar Islam melalui kitab suci al-Quran.

Musabaqah ini menjemput penyertaan daripada seluruh jamaah di Malaysia termasuk para asatiz dan muballighin. Bagi menghidupkan iklim Qurani dan menggalakkan sambutan,

Musabaqah ini turut mempertandingkan kategori tilawah, tafsiran, pemahaman al-Quran dan Nahjul Balaghah. Ia diadakan serentak dengan Olympiad Antarabangsa Quran dan Hadis Kali Keenam Belas anjuran Jamiatul Mustafa.


2.0    OBJEKTIF

i.         Melahirkan qari yang berkualiti dari kalangan jamaah.
ii.       Membentuk strategi dakwah dengan mendalami ilmu al-Quran termasuk bacaan,    hafazan dan pemahaman tafsir.
iii.     Memupuk tradisi cinta al-Quran dan Itrah melalui penggalakkan budaya keilmuan. 
iv.     Merealisasikan misi Rasulullah yang menjunjung al-Quran sebagai asas jamaah yang progresif dan dinamik.
v.       Memberi penekanan kepada hadis melalui kitab Nahjul Balaghah.

3.0    TARIKH

SABTU, 27 NOVEMBER 2010

4.0    TEMPAT

Genting View, Genting Highland

5.0    PENGANJUR

Majlis Tertinggi Talabah Malaysia (MA’LA)

6.0    BAHAGIAN PERTANDINGAN

Pertandingan ini terbahagi kepada DUA (2) iaitu Bahagian Lisan dan Penulisan.

·         Bahagian Lisan: Qiraat.
·         Bahagian Penulisan: Tafsir al-Quran, Kefahaman al-Quran dan Kefahaman Nahjul Balaghah.

1)     Bahagian Lisan

·         Qiraat (Tarannum)

a.           Maqra qiraat akan dipilih dari juzuk 1 hingga juzuk 30 dan peserta akan membacanya berdasarkan undian.
b.         Maqra qiraat akan dikeluarkan 2 minggu sebelum pertandingan diadakan.
c.            Bacaan hendaklah menurut riwayat Hafs daripada Qiraat ‘Asim.
2)     Bahagian Penulisan

·         Tafsir al-Quran

a.       Tafsir al-Quran yang dipertandingan ialah Surah Luqman berdasarkan Tafsir an-Nur
b.       Nota berkenaan tafsir Surah ini akan disediakan oleh pihak penganjur.
c.       Soalan berbentuk objektif.
d.       Penyertaan bagi kategori ini hanya terhad kepada ahli MA’LA sahaja.

·         Kefahaman al-Quran

a.       Soalan meliputi hafazan, terjemahan dan kefahaman surah-surah daripada Juzuk 30.
b.       Soalan berbentuk objektif.
c.       Kategori ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu:

i.                     Peringkat 9 – 16 tahun (Surah An-Nas hingga Surah Ad-Dhuha)
ii.                   Peringkat Dewasa (Surah Al-Lail hingga Surah An-Naba’)               

·         Pemahaman Nahjul Balaghah

a.       Soalan berkenaan Surat Imam Ali a.s kepada puteranya Imam Hasan al-Mujtaba a.s. (Surat No. 31 Nahjul Balaghah)
b.       Nota dan penerangan akan disediakan.
c.       Soalan berbentuk subjektif dan objektif.

7.0    HADIAH

·         Hadiah kepada peserta akan diberikan mengikut bahagian dan kategori yang dipertandingkan.
·         Hadiah bagi Johan, Naib Johan dan tempat ketiga adalah seperti berikut:

Johan                  : RM 500.00
Naib Johan           : RM 350.00
Tempat ketiga     : RM 200.00
       
·         Peserta yang tidak mendapat tiga tempat teratas akan diberikan hadiah saguhati.
·         Setiap peserta yang mengambil bahagian akan diberikan sijil penyertaan.