Surat 31 Nahjul Balaghah





SURAT 31
NAHJUL BALAGHAH


 


Surat
Amirul Mukminin Ali ibn Abi Talib a.s
kepada puteranya, Hasan ibn Ali a.s





Nota ini disediakan untuk calon yang akan mengambil ujian Kategori Penulisan Nahjul Balaghah sempena Musabaqah Qurani 2010 anjuran Majlis Tertinggi Talabah Malaysia pada 27 November 2010 bertempat di Genting View Resort, Genting Highland.

SURAT 31
Amirul Mukmin (as) menulis untuk putranya,Hassan ibn Ali (as), ketika berkhemah di al-Hadhirin dalam perjalanan pulangnya dari Shiffin.[1]
Dari ayah yang ( tak lama lagi) akan mati, yang mengakui kesukaran –kesukaran masa, yang telah berpaling dari kehidupan, yang telah menyerah kepada (petaka) waktu, yang menyedari kejahatan-kejahatan dunia, yang sedang hidup dalam kediaman orang mati dan berpisah dari mereka pada suatu hari: kepada putra yang merindukan apa yang tak akan tercapai, yang sedang melangkah pada  jalan orang-orang yang telah mati, yang merupakan korban keluhan, terlibat dalam ( kecemasan ) sehari-hari, yang merupakan sasaran kesukaran, hamba dari dunia, pedagang dari tipuannya, penghutang hasrat-hasrat, tawanan kefanaan, sekutu kecemasan, tetangga kesedihan, korban kepedihan yang telah dikalahkan oleh hawa nafsu, penerus dari yang mati.
Sekarang (hendaklah anda ketahui bahawa) apa yang telah saya pelajari dari berpalingnya dunia ini dari saya, serangan waktu atas  diri saya dan majunya dunia akhirat yang akan datang kepada saya, cukuplah untuk saya mencegah saya dari mengingat seseorang kecuali diri saya sendiri dan dari memikirkan yang luar diri saya. Tetapi, ketika saya membataskan diri pada kecemasan saya sendiri dengan meninggalkan kecemasan-kecemasan nafsu saya. ( Akal) itu menjelaskan kepada saya urusan saya dan membimbing saya kepada kesungguhan di mana tak ada kecerdikan dan kebenaran yang tidak dinodai oleh kebatilan. Di sini saya mendapatkan Anda sebahagian dari diri saya,bahkan saya mendapati Anda keseluruhan saya, sehingga apabila sesuatu menimpa Anda, seakan-akan hal itu menimpa saya, dan apabila kematian mendatangi Anda seakan-akan maut itu datang kepada saya.Akibatnya, urusan Anda bererti bagi saya sebagai urusan saya sendiri bererti bagi saya. Maka saya menulis nasihat ini (kepada Anda) sebagai suatu alat untuk mencari pertolongan melaluiny a, samaada saya masih hidup ataupun meninggal.
Saya menasihati Anda supaya bertaqwa kepada Allah, wahai putraku, untuk mematuhi perintah-perintah-Nya, untuk memenuhi hati Anda dengan ingatan kepada-Nya, dan untuk berpaut pada harapan dari Dia. Tak ada hubungan yang lebih dapat mengharapkan ketimbangan hubungan antara Anda dan Allah, asal Anda berpegang kepada-Nya.Hidupkan hati Anda dengan dakwah,bunuh dia dengan zuhud, kuatkan tenaganya dengan keimanan yang kukuh, cahayai dia dengan kebijaksanan, hinakan dia dengan mengingati mati, buatlah ia mempercayai kefanaan, buatkan dia melihat malapetaka dunia ini, buatlah dia takut akan hak waktu dan kekerasan dari beberapa perubahan selama malam dan siang, tempatkan di hadapannya peristiwa-peristiwa manusia masa ,ingatkan kepadanya apa yang menimpa orang-orang yang terdahulu,dan Anda berjalan di antara kota-kota mereka dan runtuhan-runtuhan lalu lihatlah apa yang (telah) mereka lakukan dari apa mereka telah melarikan  diri, dan kemana mereka telah pergi dan tinggal. Akan Anda dapati bahawa mereka berpisah dari para sahabat dan tinggal dalam kesunyian. Oleh kerana itu, buatlah rencana untuk tempat tinggal Anda, dan janganlah menjual kehidupan akhirat Anda dengan dunia ini.
 Wahai anakku, bilamana saya melihat bahawa saya berusia matang dan melihat bahawa saya semakin bertambah dalam kelemahan, saya bergegas dengan wasiat saya untuk Anda dan menulis pokok-pokokNya yang mendasar agar maut tidak menyusul saya sebelum saya membukakan kepada Anda apa yang ada di dalam hati saya, atau jangan akal saya terpengaruh sebagaimana badan saya telah terpengaruh, atau kekuatan-kekuatan hawa nafsu atau bencana dunia menyusul Anda (dan) membuat Anda menjadi seperti unta pembangkang. Sesungguhnya hati orang muda adalah  seperti tanah yang belum ditanami. Ia menerima apa saja yang ditaburkan atasanya. Maka saya bergegas membentuk Anda secara patut sebelum hati Anda mengeras dan fikiran Anda terisi, agar Anda siap menerima melalui akal Anda hasil dari pengalaman orang lain dan selamat  dari mengalami sendiri pengalaman-pemgalaman ini. Secara ini, Anda akam mengelakkan kesukaran mencarinya dan kesulitan mengalaminya. Dengan demikian, Anda akan dapat mengetahui apa yang telah kami alami dan bahkan akan menjadi jelas bagi Anda apa yang mungkin tidak kami dapati.
Wahai anakku, sekalipun saya tidak mencapai usia yang dicapai orang-orang sebelum saya, namun saya melihat ke dalam perilaku mereka dan memikirkan  peristiwa-peristiwa dari kehidupan mereka. Saya berjalan di antara keruntuhan mereka sampai seakan saya menjadi salah satu dari mereka. Sesungguhnya, kerana urusan-urusan mereka telah saya ketahui, seakan-akan saya telah hidup dengan mereka dari awal hingga akhirnya. Oleh kerana itu, saya telah mampu membezakan yang najis dari yang jernih, dan manfaat dan mudarat.
Saya telah memilihkan untuk Anda yang terbaik dari hal-hal itu, dantelah mengumpulkan bagi Anda pokok-pokok yang baik, dan menjauhkan dari Anda pokok-pokoknya yang tak bermanfaat. Kerana saya merasakan bagi urusan Anda sebagai seorang ayah yang hidup harus merasakannya, dan saya bertujuan untuk memberikan latihan kepada Anda, saya fikir hal itu haruslah pada suatu waktu  bilamana Anda sedang maju dalam usia dan baru di gelanggang dunia, memiliki niat yang lurus dan  hati yang bersih, dan bahawa saya harus membawakan ajaran Kitab Allah Yang Memiliki Kekuasaan dan Kerajaan,dan tafsirannya, hukum-hukum Islam dan perintah-perintahnya, hal-halnya yang halal dan yang haram, dan bahawa saya tak boleh melewatkan  ini bagi Anda. Saya takut kalau-kalau Anda sampai bingung sebagaimana orang-orang lain telah bingung disebabkan hawa nafsu dan pendapat-pendapat mereka (yang beraneka ragam). Oleh kerana itu, walaupun saya tak suka Anda diperingatkan seperti ini,  saya fikir lebih baik bagi saya untuk memperkuat Anda dengan nasihat ini ketimbangan meninggalkan  Anda dalam suatu kedudukan di mana saya tidak menganggap Anda luput dari jatuh ke dalam kehancuran. Saya berharap kiranya Allah akan menolong Anda dalam sikap Anda yang terus terang dan membimbing Anda dalam ketegasan Anda. Sesuai dengan itu, saya menulis wasiat saya ini bagi Anda.
Ketahuilah, wahai anakku, bahawa yang paling saya sukai untuk Anda ambil dari  wasiat saya ialah taqwa kepada Allah, membataskan dri  Anda kepada apa yang telah diwajibkan Allah atas Anda, dan mrngikuti perbuatan-perbuatan orang-orang tua Anda dan orang-orang berkebajikan dari keluarga Anda, kerana mereka tidak kekurangan dalam melihat bagi diri mereka sendiri apa yang Anda lihat bagi diri Anda sendiri, dan mereka perbuat tentang  urusan mereka sebagaimana Anda suka memikirkan (urusan Anda). Setelah itu pemikiran mereka  menghantarkan mereka untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban yang mereka ketahui, dan berhenti dari apa yang mereka dari apa yang mereka tidak dituntut melakukannya. Apabila hati Anda tidak menerima ini tanpa mendapatkan  pengetahuan seperti mereka mendapatkannya, maka pencarian Anda haruslah pertama-tama melalui pengertian dan pelajaran dan tidak jatuh ke dalam keraguan atau terlibat dalam pertengkaran.
Dan sebelum Anda meneruskan hal ini, Anda harus mulai dengan mencari pertolongan Tuhan Anda dan berpaling kepadaNya untuk memohon keberhasilan, dan menjauh dari segala sesuatu yang melemparkan Anda ke dalam keraguan-keraguan dan mencampakkan Anda ke dalam kesesatan. Bilamana Anda telah yakin bahawa  hati Anda bersih dan merendah, dan fikiran-fikiran Anda telah  berpadu, dan Anda hanya mempunyai satu fikiran, yakni tentang hal ini, maka Anda akan melihat apa yang telah saya terangkan kepada Anda; tetapi apabila Anda belum mampu mencapai kedamaian pengamatan dan pemikiran yang Anda suka mempunyainya, maka ketahuilah  bahawa  Anda hanya menjejak bumi seperti seekor unta betina yang buta dan jatuh ke dalam kegelapan, padahal seorang pencari agama tidak seharusnya meraba-raba dalam gelap menciptakan kebingungan . Lebih baik mengelakkan hal  ini.
Ingatlah nasihat saya, wahai anakku,dan ketahuilah bahawa Ia Yang Raja kematian adalah juga Raja kehidupan, bahawa Pencipta menyebabkan kematian pula; bahawa Ia yang menghancurkan adalah  pula pemulih kehidupan, dan bahawa Ia yang menimpakan penyakit adalah  juga penyembuh. Dunia ini berlanjut  secara yang dibuat oleh Allah, sehubungan dengan kesenangan, cubaan, ganjaran pada Hari Pengadilan dan segala yang Ia kehendaki dan tidak Anda ketahui. Apabila sesuatu  dari nasihat ini tidak Anda mengerti maka kaitkan itu kepada ketidaktahuan Anda tentang itu, kerana ketika Anda mula-mula dilahirkan, Anda dilahirkan dengan tak tahu. Setelah itu, Anda mendapatkan pengetahuan. Ada banyak urusan yang tentangnya Anda tak tahu dan di mana penglihatan Anda yang pertama bertanya-tanya dan mata Anda berkelana, lalu sesudah ini Anda melihatnya. Oleh kerana itu, berpegang teguhlah kepada Dia Yang menciptakan Anda, memberi Anda rezeki dan menjadikan Anda. Ibadah Anda haruslah bagiNya, ghairah  Anda harus kepadaNya dan takut Anda haruslah kepadaNya.
Ketahuilah, wahai anakku, tiada seorang pun menerima risalah dari Allah Yang Mahasuci seperti Nabi (saw) menerimanya. Oleh kerana itu, pandanglah beliau sebagai pemimpin Anda kepada keselamatan. Sesungguhnya saya tidak akan meninggalkan suatu usaha dalam memberikan nasihat kepada Anda, dan sungguh, sekalipun Anda berusaha, Anda tak akan dapat beroleh wawasan bagi kesejahteraan Anda sebagaimana saya berikan kepada Anda.
Ketahuilah, wahai anakku, sekiranya ada suatu utusan dengan Tuhan Anda maka para utusan itu pun akan datang kepada Anda dan Anda akan sudah melihat tanda-tanda dari hak dan kekuasaannya, dan Anda akan sudah melihat perbuatan dan sifat-sifatnya. Tetapi Ia Tuhan Yang Esa dan Ia menggambarkan Diri-Nya. Tiada satu pun yang dapat membantahNya dalam kekuasaanNya. Ia ada sebelum segala sesuatu tanpa suatu permulaan. Ia akan tetap ada setelah segala suatu, dan akan berada tanpa akhir. Ia terlalu amat besar untuk membiarkan keilahianNya dibuktikan dengan hati atau mata yang meliputi. Bilamana Anda telah  memahami ini maka Anda harus melakukan apa yang dilakukan orang yang seperti Anda, dengan kedudukannya yang rendah, ketiadaan kekuasaannya, ketidakmampuannya yang makin meningkat, dan keperluan besarnya akan Tuhannya untuk mencari ketaatan kepadaNya, takut akan hukumanNya dan takut akan marahNya, kerana Ia tidak memerintahkan Anda selain untuk kebajikan, dan tidak mencegah Anda kecuali dari keburukan.
Wahai anakku, saya telah memberitahukan kepada Anda tentang dunia, kondisinya, kelapukan dan kefanaannya dan saya telah memberitahukan kepada Anda tentang akhirat dan tentang apa yang telah tersedia di dalamnya bagi orang-orangnya. Saya menceritakan kepada Anda perumpamaan tentangnya, agar Anda mendapat pelajaran darinya dan bertindak menurutnya. Misal orang –orang yang telah memahami dunia adalah seperti missal para musafir yang setelah muak dengan tempat-tempat yang dilanda kekeringan (lalu) pergi kepada kehijauan dan tempat yang berbuah-buahan. Lalu mereka bersabar atas kesulitan dalam perjalanan, perpisahan dengan para sahabat, kesukaran perjalanan dan makanan yang tak sihat, untuk mencapai lahan mereka yang berkelimpahan dan tempat tinggal. Akibatnya, mereka tidak merasakan suatu kepayahan dalam semua ini dan tidak menganggap suatu perbelanjaan sebagai sia-sia.  Tak ada yang lebih patut dicintai bagi mereka mempertimbangkan apa yang membawa mereka dekat pada tujuan mereka dan membawa mereka lebih dekat ke tempat tinggal mereka. ( Berlawanan dengan ini,) misal orang-orang yang tertipu oleh dunia ini adalah orang yang berada di tempat yang hijau tetapi mereka muak dengannya lalu pergi ke tempat yang dilanda kekeringan. Oleh kerana itu, bagi mereka, tak ada yang lebih dibenci atau tak disukai ketimbang meninggalkan tempat di mana mereka berada untuk pergi ke suatu tempat yang akan mereka capai tanpa diharap-harapkan dank e mana mereka sedang menuju.
Wahai anakku, jadikanlah diri Anda sendiri ukuran (untuk berurusan) antara Anda dan orang lain. Maka, Anda  harus menghasratkan bagi orang lain apa yang Anda hasratkan bagi diri Anda sendiri, dan  bencikanlah untuk orang lain apa yang Anda  bencikan untuk diri Anda sendiri. Janganlah menindas sebagaimana Anda tidak suka ditindas. Berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Anda menghendaki perlakuan baik kepada Anda sendiri. Pandanglah yang buruk bagi diri Anda buruk bagi orang lain. Terimalah (pelakuan) dari orang lain yang Anda suka orang lain menerima dari Anda. Jangan berbicara tentang apa yang tidak Anda ketahui, sekalipun apa yang Anda ketahui sangat sedikit. Jangan katakan kepada orang lain  apa yang Anda tak mahu dikatakan kepada Anda.
Ketahuilah bahawa mengagumi diri bertentangan dengan kepatutan dan merupakan bagi jiwa. Oleh kerana itu, perbesarlah usaha Anda dan jangan menjadi bendahara bagi (kekayaan untuk diwariskan kepada) oranglain. Bilamana Abda tekag terbimbing pada jalan  yang benar, rendahkanlah diri Anda dihadapan Allah sedapat-dapata Anda.
Ketahuilah bahawa di hadapan Anda terletak jalan jarak panjang dan kesukaran keras dan Anda tak dapat mengelak dari mencarinya. Ambillah keperluan perbekalan Anda dengan menjaga agar beban itu ringan. Janganlah Anda  memuati punggung Anda melampaui kemampuan Anda agar beratnya tidak menjadi bencana bagi Anda. Bilamana Anda bersua dengan orang yang memerlukan yang dapat membawa perbekalan bagi Anda untuk diserahkan kembali kepada Anda pada Hari Pengadilan ketika Anda akan memerlukan maka terimalah dia sebagai suatu kesempatan yang baik dan dapatkan ia untuk membawanya. Masukkan dalam perbekalan itu sebanyak mungkin yang  Anda sanggupi, kerana boleh jadi apabila Anda memerlukan dia (kemudian), Anda tidak akan mendapatkan dia. Apabila seseorang mahu meminjam dari Anda di hari-hari kelimpahan Anda, untuk dibayarkan kembali kepada Anda pada suatu saat keperluan Anda, maka pergunakanlah kesempatan ini.
Ketahuilah bahawa di depan Anda terletak suatu lembah yang tak tertanggungkan dimana orang yang bebannya ringan berada dalam kondisi yang lebih baik daripada orang yang bebannya berat, dan yang melangkah lambat akan berada dalam keadaan yang lebih buruk dari yang melangkah cepat. Titik akhir Anda dihujung jalan ini pastilah surge atau neraka.Oleh kerana itu, intailah sendri sebelum memunggah, dan persiapkan lah tempat sebelum turun, kerana setelah mat itak mungkin ada persiapan dan tidak pula mungkin kembali ke dunia ini.
Ketahuilah bahawa Ia yang memiliki perbendaharaan langit dan bumi telah memperkenankan Anda untuk berdoa kepadaNya, dan telah menjanjikan kepada Anda penerimaan doa. Ia telah memerintahkan kepada Anda untuk memohon kepadaNya agar Ia memberi kepada Anda,dan mencari belas kasihNya agar Ia menaruh belah kasih kepada Anda. Ia tidak menempatkan barang sesuatu antara Anda dan Dia yang mungkin menghijabiNya dari Anda. Ia tidak menuntut Anda untuk mendapatkan perantara bagi Anda kepadaNya, apabila Anda keliru, Ia tidak mencegah Anda untuk bertaubat. Ia tidak bergegas dengan hukuman. Ia tidak mengejek Anda kerana bertaubat, tidak pula Ia menghina Anda ketika penghinaan lebih pantas bagi Anda. Ia tidak kasar dalam menerima taubat. Ia tidak menanyai Anda tentang dosa-dosa Anda dengan keras. Ia tidak mengecewakan Anda dari rahmatNya. Malah ia memandang penmantangan dari dosa sebagai suatu kebajikan. Ia menhitung satu dosa Anda sebagai satu, sementara Ia menghitung kebajikan Anda sebagai sepuluh.
Ia telah  membukakan pintu taubat bagi Anda. Oleh kerana itu, bilamana Anda menyeruNya, Ia mengetahui bisikan Anda. Anda ajukanlah kepadaNya keperluan Anda, bukakanlah tabir diri Anda dihadapanNya, keluhkanlah kepadaNya kecemasan-kecemasan Anda, memohonlah kepadaNyaa untuk menyinkirkan kesusahan Anda, carilah pertolongan dalam urusan Anda, dan mintalah dari perbendaharaaan rahmatNya apa yang tak ada satu pun selainNya yang berkuasa memberikannya, yakni panjang usia, kesihatan badan dan peningkatan rezeki. Maka Ia telah menempatkan kunci-kunci di tangan Anda, dengan menunjukkan kepada Anda jalan untuk meminta kepadaNya.
Oleh kerana itu, ke mana saja Anda kehendaki, bukalah pintu-pintu nikmatNya dan biarlah hujan rahmatNya yang melimpah jatuh kepada Anda. Keterlambatan dalam penerimaan doa itu janganlah hendaknya mengecewakan  Anda, kerana anugerah doa sesuai dengan ukuran niat (niat). Kadang-kadang penerimaan (doa) tertunda dengan maksud agar  menjadi suatu sumber ganjaran yang lebih besar kepada si peminta dan ( sumber) dari pemberian-pemberian yang lebih  baik kepada si pengharap. Kadang-kadang Anda meminta sesuatu tetapi tidak diberikan kepada Anda, dan sesuatu yang lebih baik diberikan Anda kemudian,atau sesuatu diambil dari Anda demi suatu kebaikan yang lebih besar bagi Anda, kerana kadang-kadang Anda meminta sesuatu yang mengandung keruntuhan bagi agama Anda apabila diberikan kepada Anda. Oleh kerana itu, permohonan Anda hendaklah untuk hal-hal yang keindahannya haruslah munasabah yang bebannya harus tetap jauh dari Anda. Mengenai kekayaan, itu tak akan munasabah bagi Anda, dan Anda pun tak akan hidup untuk itu.
Wahai anakku, ketahuilah bahawa Anda telah diciptakan untuk akhirat, bukan untuk dunia ini, untuk kefanaan (di dunia ini) bukan unuk kekal, dan untuk mati, bukan untuk hidup. Anda berada di suatu tempat yang bukan milik Anda,sebuah rumah untuk membuat persiapan, dan suatu lorong kea rah dunia berikut. Anda sedang dikejar-kejar oleh kematian dari mana orang-orang melarikan diri tak dapat luput, kerana (maut) itu pasti akan menyusulnya. Maka, berjaga-jagalah atasnya agar ia tidak menyusul Anda pada suatu saat ketika Anda dalam keadaan berdosa dan Anda sedang berfikir tentang bertaubat tetapi ia menciptakan halangan antara Anda dan taubat. Dalam hal demikian Anda akan menghancurkan diri Anda sendiri.
Wahai anakku, banyak-banyaklah mengingat kematian dan tempat ke mana Anda pergi secara tiba-tiba dan (mesti Anda) capai setelah mati, sehingga bilamana hal itu datang Anda sudah sedia berjaga-jaga terhadapnya dan telah mempersiapkan  diri untuk itu dan ia tidak datang kepada Anda dengan amat sangat mendadak lalu mengejutkan Anda. Berhati-hatilah, agar jangan Anda tertipu oleh  sandaran orang kepada godaan dunia dan kesibukan mereka atasnya. Allah telah memperingatkan Anda tentang itu dan dunia telah memberitahukan kepada Anda tentang sifatnya yang fana dan telah membukakan tabirnya kepada Anda tentang kejahatan-kajahatannya.
Sesungguhnya orang-orang yang memburunya adalah seperti anjing –anjing yang menyalak atau haiwan-haiwan buas pemakan daging yang saling membenci. Yang lebih kuat di antara mereka memakan yang lemah, dan yang besar di antara mereka memijak yang kecil. Beberapa (di antaranya) adalah seperti ternak yang tertambat, dan yang lain seperti ternak yang tak tertambat yang telah kehilangan akalnya dan sedang berlarian ke arah-arah yang tidak diketahui. Mereka adalah kawanan petaka yang mengembara di lembah-lembah kasar. Tak ada  gembala yang menahan mereka, dan tak ada pula gembala yang akan membawanya merumput. Dunia telah menempatkan mereka pada jalur kebutaan dan mengambil mata mereka dari mercu petunjuk. Oleh kerana itu mereka telah dibingungkan dalam kebingungannya dan tenggelam dalam kesenangan-kesenangannya. Mereka menganggapnya sebagai tuhan sehingga ia mempermainkan mereka. Mereka pun bermain dengannya dan melupakan apa yang dibaliknya.
Kegelapan sedang sirna beransur-ansur. Sekarang seakan-akan para musafir telah turun dan orang-orang yang bergegas akan segera bertemu. Ketahuilah, wahai anakku, bahawa setiap penunggang kenderaan malam dan siang dibawa oleh (kenderaan siang dan malam) itu, sekalipun ia dalam keadaan berhenti, dan ia meliputi jarak, sekalipun ia sedang menginap dan beristirehat.
Ketahuilah dengan pasti bahawa Anda tak  dapat mencapai hasrat Anda dan tak dapat melampaui kehidupan Anda yang telah ditakdirkan. Anda berada pada jalur orang-orang sebelum Anda. Oleh kerana itu, berlaku sederhanalah dalam mencari, dan berlaku sederhanalah dalam menerima, kerana sering mencari itu mengantarkan kepada kehilangan. Tidak setiap pencari rezeki mendapatkannya, dan tiada pula  setiap orang yang sederhana dalam mencari tidak mendapatkan. Jauhkanlah diri Anda dari setiap hal yang rendah, sekalipun itu mungkin membawa Anda kepada tujuan yang Anda hasratkan, kerana Anda tidak akan mendapatkan suatu kembalian atas kehormatan Anda sendiri yang Anda belanjakan. Janganlah menjadi budak orang lain kerana Allah telah membuat Anda bebas. Tak ada kebaikan dalam kebajikan yang dicapai  melalui keburukan, dan tak ada kebaikan dalam kesenangan yang dicapai melalui kesukaran (yang mengaibkan)
Berhati-haitilah, jangan sampai pembawa keserakahan membawa Anda dan menurunkan Anda pada sumber-sumber kehancuran. Apabila Anda dapat mengatur agar tak ada orang kaya  di antara Anda dan Allah, lakukanlah itu, kerana dlam hal bagaimanapun Anda akan mendapatkan apa yang untuk Anda dan mendapatkan bahagian Anda. Kecil yang diterima langsung dari Allah Yang Mahasuci lebih terhormat  daripada yang lebih banyak tetapi diterima melalui (hutang budi kepada) makhlukNya, walaupun ( sesungguhnya) semuanya dari Allah.
Lebih mudah memulihkan apa yang kau hilangkankan diam-diam mempertimbangkan untuk mendapatkan apa  yang Anda hilangkan dengan berbicara. Segala sesuatu yang berada dalam suatu wadah dapat ditahan dengan menutupkannya. Saya seharusnya lebih menyukai Anda menahan apa yang ada di dala, tangan Anda ketimbangan mencari apa yang di tangan orang lain. Kepahitan dari kekecewaan lebih baik daripada mencari dari orang.  Pekerjaan tangan dengan kesucian lebih baik daripada kekayaan dari kehidupan yang keji. Seorang lelaki adalah pengawal terbaik atas rahsia-rahsianya sendiri. Sering orang berjuang untuk apa  yang membawa mudarat baginya. Orang yang berbicara banyak, berberbicara kosong. Barangsiapa merenung, ia akan melihat. Bergaullah dengan orang-orang berkebajikan; Anda akan menjadi salah satu dari mereka. Menjauhlah dari orang jahat, Anda akan tetap selamat dari mereka. Makanan yang terburuk ialah yang haram. Kezaliman kepada yang lemah adalah kezaliman yang paling buruk.
Di mana kebaikan tidak sesuai, kekerasan adalah kebaikan. Seringkali ubat adalah penyakit, dan penyakit itu ubat. Sering lawan memberikan nasihat yang tepat sementara teman menipu. Jangan bergantung pada harapan, kerana harapan adalah jalur utama orang-orang tolol. Adalah bijaksana untuk memelihara pengalaman sendiri. Pengalaman yang terbaik ialah pengalaman yang mengajarkan suatu pelajaran kepada Anda. Manfaatkan waktu yang ada sebelum berubah menjadi ( saat) kesedihan. Tidak setiap pencari mencapai (apa yang dicarinya); dan tidak setiap orang yang berangkat tidak kembali. Kehilangan bekal dan mendapatkan keburukan bagi Hari Pengadilan bererti keruntuhan. Setiap urusan ada akibatnya. Apa yang ditakdirkan bagi Anda akan segera datang kepada Anda. Seorang pedagang menanggung risiko. Sering jumlah yang kecil lebih bermanfaat dari jumlah yang besar. Tak ada kebaikan pada penolong yang aib, tidak pula pada teman yang curiga. Bersesuailah dengan dunia selama ia dalam pegangan Anda. Jangan jadikan diri Anda menanggung risiko mengenai sesuatu dalam mengharapkan lebih banyak dari itu. Berhati-hatilah, jangan sampai rasa permusuhan mengalah Anda.
Bawalah diri Anda pada suadara Anda sedemikian rupa sehingga apabila ia mengaibkan kekerabatan, Anda berpegang pada (kekerabatan)itu; bilamana ia berpaling, berbaiklah kepadanya dan beransurlah mendekatinya; bilamana ia tak mahu memberi, berilah kepadanya; bilamana ia menjauh, dekat dia; bilamana ia kasar, berlaku kebaikan; bilaman a ia melakukan kesalahan, fikirlah dalil(nya) untuk itu, sedemikian, seakan –akan Anda adalah seorang dari budaknya dan ia majikan yang baik bagi Anda. Tetapi ingatlah bahawa hal ini tak boleh dilakukan secara tak pantas, dan bahawa Anda tak boleh berlaku demikian terhadap orang yang tak patut. Janganlah mengambil musuh sahabat Anda sebagai sahabat, kerana (dengan demikian) Anda akan menentang sahabat Anda. Berikanlah nasihat yang benar kepada saudara Anda, baik atau pahit. Telanlah kemarahan Anda kerana saya tak mendapatkan sesuatu yang lebih manis dari itu pada kesudahannya, dan tak ada akibat yang lebih menyenangkan dari itu. Berlakubaiklah kepada orang yang kasar kepada Anda kerana boleh  jadi ia akan segera menjadi baik kepada Anda. Perlakukanlah musuh Anda dengan kebaikan, kerana ini lebih manis dari  antara kedua keberhasilan (keberhasilan dendam dan keberhasilan berbuat baik.)
Apabila Anda berniat unutk memutuskan hubungan dari seorang sahabat, tinggalkan suatu bidang baginya dari sisi Anda, yang dengan itu, ia mungkin melanjutkan persahabatan, apabila demikian yang terjadi padanya pada suatu hari. Apabila seseorang mempunyai suatu gagasan yang baik tentang Anda, buktikanlah bahawa hal itu benar. Jangan mengabaikan kepentingannya saudara Anda yang bergantung pada hubungan Anda dengan dia, kerana bukanlah ia saudara Anda apabila Anda mengabaikan kepentingannya. Keluarga Anda janganlah menjadi orang yang paling sengsara melalui Anda. Jangan bersandar kepada orang yang berpaling dari Anda. Saudara Anda tidak harus lebih kukuh dalam pengabaiannnya akan kekerabatan ketimbangan Anda (dalam kekukuhan Anda) menghormati (kekerabatan)itu,dan Anda harus melebihi dalam berbuat baik kepadanya ketimbangan (perbuatan) buruknya kepada Anda. Jangan terlalu merasakan penindasan dari seseorang yang menindas Anda, kerana ia hanya sibuk dalam merugikan dirinya sendiri dan menguntungkan Anda. Ganjaran orang yang menyenangkan Anda bukanlah dengan menyusahkannya.
Ketahuilah wahai anakku, bahawa ada dua jenis rezeki, rezeki yang Anda cari dan rezeki yang mencari Anda, yang apabila Anda tidak mencapainya maka dia akan datang kepada Anda. Betapa buruknya membongkok pada saat perlu dan kasar pada saat kaya. Anda hanya harus mendapatkan dari dunia ini apa yang dengan itu Anda dapat menghiasi kediaman Anda yang kekal. Apabila Anda menangisi apa yang telah hilang dari tangan Anda maka tangisilah pula apa yang sama sekali tidak datang kepada Anda. Simpulkan apa yang belum terjadi dari apa yang telah terjadi, kerana kejadian-kejadian selalu serupa. Janganlah menjadi seperti orang-orang yang dakwah tidak bermanfaat baginya kecuali apabila Anda menimpakan keperihan padanya, kerana orang bijaksana mengambil pelajaran dari ajaran, sementara haiwan hanya belajar dari pukulan.
Jauhkanlah dari diri Anda serangan kecemasan dengan keteguhan sabar dan kemurnian iman. Orang yang meninggalkan kesederhanaan (bererti) melakukan kelebihan. Seorang sahabat adalah seperti kerabat. Sahabat adalah orang yang ketidakhadirannya juga membuktikan persahabatan itu. Hawa nafsu adalah utusan kesedihan. Sering orang dekat lebih jauh dari orang yang jauh, dan sering orang jauh lebih dekat dari orang yang dekat. Seorang asing ialah orang yang tak mempunyai sahabat. Orang yang melanggar hak mempersempit jalannya sendiri. Orang yang tinggal pada kedudukannya tetap konsisten atasnya. Penengah yang paling terpercaya ialah penengah yang Anda angkat antara Anda dan Allah Yang Mahasuci. Orang yang tidak memperdulikan kepentingan Anda adalah musuh Anda. Ketika serakah memimpin kepada kehancuran, deprivasi adalah prestasi. Tidak setiap cacat dapat ditinjau kembali, dan tidak setiap petaka berulang.
Sering orang bermata tidak melihat jalur, sementara orang buta mendapatkan jalan yang tepat. Tangguhkanlah setiap kemungkaran kerana Anda akan dapat menggegaskannya bilamana saja Anda menghendakinya. Pengabaian kekerabatan dari orang jahil sama dengan penghargaan bagi kekerabatan orang bijaksana. Barangsiapa menganggap dunia sebagai yang aman, dunia akan mengkhianatinya. Barang siapa  memandang dunia sebagai besar, dunia akan menghinanya. Tidak setiap orang yang menembak mengena. Bilamana kekuasaan berubah, waktu pun berubah. Bermusyawarahlah dengan sahabat  sebelum menempuh suatu jalan dan (dengan) tetangga sebelum mengambil sebuah rumah. Waspadalah jangan sampai Anda menyebutkan dalam pembicaraan Anda apa yang mungkin menimbulkan tertawa, sekalipun mungkin Anda meriwayatkan dari orang lain.
Jangan bermusyawarah dengan wanita kerana pandangan mereka lemah dan tekad mereka goyah. Tutuplah mata mereka dengan menjaga mereka di bawah tirai kerana ketegasan hijab menahan mereka lama. Keluarnya mereka tidak lebih buruk ketimbangan Anda membiarkan orang yang tak terpercaya mengunjungi mereka. Apabila Anda dapat mengatur agar mereka tidak mengetahui seseorang selain Anda, lakulah itu. Jangan biarkan seorang wanita mengurusi selain urusan mereka sendiri, kerana wanita adalah bunga, bukan pemerintah. Janganlah memberikan perhatian kepadanya melampaui dirinya sendiri. Jangan mendorong dia menjadi perantara bagi orang lain. Jangan menunjukkan kecurigaan yang bukan pada tempatnya, kerana hal ini menghantarkan wanita yang baik kepada kejahatan dan wanita suci kepada kebengkokkan.
Bagi setiap orang di antara pekerja Anda, tentukan suatu pekerjaan yang atasnya dapat Anda tuntut ia bertanggungjawab. Secara ini mereka tidak akan saling melemparkan pekerjaan. Hormatilah kerabat Anda kerana  mereka adalah sayap-sayap Anda yang dengan itu Anda terbang, asal ke mana Anda akan  kembali, dan tangan Anda yang dengannya Anda menyerang. Tempatkanlah agama Anda dan dunia Anda pada penyelesaian Allah dan memohonlah kepadaNya untuk mengatur yang terbaik bagi Anda sekaitan dengan yang dekat dan yang jauh, dunia ini dan dunia akhirat. Wasalam.


[1] Ibn Maistsam al-Bahrani ( jilid v,h.2) mengutip Abu Jaafar ibn Bahawaih al-Qummi bahawa Amirul Mukminin(as) menulis nasihat ini kepada Muhammad Hanafiah (ra) sedang Allamah Sayid Radhi menulis bahawa yang dikirimnya ialah Imam Hassan (as). Tetapi yang sebenar ialah bahawa Amirul Mukminin menulis nasihat ringkas kepada Ibn al-Hanafiah yang mencakup sebahagian yang sama seperti yang ditulisnya kepada Imam Hassan (as). (Ibn Thawys, Kasyf al Mahajjah, h. 157-159 al-bihar LXXVII, h. 196-198)
Bagaimanapun, baik alamatnya Imam Hassan atapun Muhammad Hanafiah, manifesto ini merupakan pelajaran tentang petunjuk kepada amal di mana jalan-jalan keberhasilan dapat dibuka dan kafilah umat manusia yang sedang tersesat dapat melangkah di jalan petunjuk. Ini menngandungi prinsip-prinsip untuk memperbaiki hal-hal duniawi dan ukhrawi, menciptakan moralitas dan memperbaiki urusan ekonomi dan social yang tandingannya tak dapat dihasilkan oleh kata-kata para pakar dan filosofi.Dakwahnya yang benar adalah perangsang kuat untuk mengingatkan umat manusia akan  pelajaran-pelajarannya yang telah dilupakan, menghidupkan kembali garis-garis mati perilaku social dan mengangkat panji moralitas.